Saturday, April 16, 2011

hidup ibarat roda.............



                                                                          ini kening HELLBOY


Fungsi kening

    
MATA ibarat jendela hati. Di sebalik bundar sepasang mata, terungkap rahsia kejernihan jiwa seorang insan. Namun, mata yang cantik tidak hanya hadir bersama hati yang bersih kerana kini melalui kepakaran merias bentuk kening, seseorang mampu menyerlahkan keindahan wajah dimiliki.

Sedar akan kepentingan membentuk dan melukis kening di kalangan pencinta kecantikan menyebabkan pakar dunia artistik, shu uemura tampil bersama falsafah unik menggunakan rekaan teknikal untuk solekan kening gaya atelier.

Sepertimana yang kita ketahui, perempuan dengan hiasan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka suka bermekap agar kelihatan cantik dan menambahkan keyakinan diri. Pelbagai perkara yang mereka lakukan untuk menambahkan kecantikan termasuklah ada segelintirnya yang sampai cukur bulu kening. 

Semasa zaman persekolahan dulu, Firz ternampak ada seorang budak perempuan ini nampak macam dia cukur bulu kening. Tapi secara jujur, Firz lebih suka tengok perempuan yang mempunyai bulu kening yang tebal. Apakah hukumnya perempuan yang cukur bulu kening di sisi Islam? Firz cuba cari jawapan :
  • Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. 
  • Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.
  • Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.







1 comment:

  1. dah cukup indah ciptaan allah..knp kita hrus ubah lg kn..bersyukurlah dgn apa yg kita ada

    ReplyDelete