Monday, October 25, 2010



                      BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATI KEAGUNGAN ALLAH S.W.T

Sunday, October 17, 2010

cara mengatasi STRESS


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Saturday, October 16, 2010

Rahsia Doa Yang Mustajab


Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam.

 Allah berfirman yang bermaksud:
Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”
(Al-Ghafir 60)

FirmanNya lagi:
Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.”
 (Al-A’raf 55)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:

-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.

-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.

-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa

-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.

-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.

-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.

-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.

-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.

-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T

CONTOH CARA PEMAKAIAN TUDUNG




TERBAIK....Cheese Wafer Cookies


Bahan-bahan ( 50biji )

  • 150gm butter
  • 75gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 300gm tepung gandum, diayak bersama 1 sudu kecil baking powder
  • 200gm wafer sebarang perasa
  • 100gm Keju cheddar di parut
  • Telur kuning untuk sapuan

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan telur sampai kembang, masukan susu tepung gaul rata.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak sedikit demi sedikit jadikan doh lembut.
  3. Canai setebal 3mm, potong ikut ukuran wafer kemudian digulung, potong 4 jika guna wafer panjang.
  4. Sapukan kuning telur diatasnya, dan taburkan keju.(Saya tak pakai pun)
  5. Bakar pada suhu 175c lebih kurang 18-20min.  

TERBAIK...RESEPI PANKEK STUDENT



Bahan-bahan ( 10 biji bole kot.. )

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara ++++

  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
  2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan..
  5. Selamat mencuba!! 

KELEBIHAN BULAN SYAABAN


KELEBIHAN BULAN SYABAAN

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a., 'bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.'


Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.


Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang 


Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.


Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. 


Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban


Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.


Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:


Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:

1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.



Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.


Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. 


Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah.


Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. 
Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. 
Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.


Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.


(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,)


Maksudnya: 
YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.




P E R H A T I A N:
BERAMALLAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KEMBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDHAAN ALLAH !!!.

CARA MEMAKAI TUDUNG

pandangan depan & belakang 


cara-cara nk pakai

1.  sarungkan ank tdg
2.  pinkan selendang bhgn yg pendek
3.  lilitkan selendang bhgn panjang mengelilingi kepala
4.  selitkan @ pinkan di dagu 



                                                                             
                                                                        

Wednesday, October 13, 2010



Renungkanlah wahai sahabat2 ku.................
Yang paling penting selamat beramal>>>>
Berkawan biar beribu tetapi berkawanlah dengan berpandukan syariat yang telah di tetapkan oleh ISLAM iaitu agama kita sendiri......
Ketika berkawan,berusahalah untuk menyayangi kawan kita,akan tetapi apa yang paling penting ialah jadilah kawan yang sejati...INSYAALLAH
ni gambar bakal anak pertama saya.insyaallah

Tuesday, October 12, 2010