Monday, October 25, 2010



                      BERSAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATI KEAGUNGAN ALLAH S.W.T

Sunday, October 17, 2010

cara mengatasi STRESS


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Saturday, October 16, 2010

Rahsia Doa Yang Mustajab


Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam.

 Allah berfirman yang bermaksud:
Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”
(Al-Ghafir 60)

FirmanNya lagi:
Artinya: “Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi.”
 (Al-A’raf 55)

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin menyebut sepuluh adab-adab berdoa:

-Hendaklah menunggu waktu yang dimuliakan, seperti hari Arafah, pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat, waktu sepertiga yang terakhir dari malam dan waktu sahur.

-Hendaklah dia memilih keadaan-keadaan yang dimuliakan, seperti dalam keadaan bersujud, dalam pertempuran di medan perang, turunnya hujan, dalam keadaan hendak mendirikan solat dan sesudahnya.

-Hendaklah dia menghadap kiblat, menggangkat kedua belah tangan lalu menyapukannya pula pada wajah setelah selesai berdoa

-Hendaklah dia memperimbangkan suara di antara perlahan dan nyaring.

-Hendaklah dia tidak memaksa bersajak dalam berdoa. Memilih doa-doa yang dilafazkan oleh Rasulallah SAW.

-Hendaklah dia merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.

-Meminta dengan penuh hati dan yakin akan dimustajabkan oleh Allah.

-Hendaklah dia serius dalam doanya serta mengulanginya sampai tiga kali, jangan pula merasa terlalu lama mendapat pengabulannya.

-Hendaklah dia membuka doanya dengan menyebut nama Allah Ta`ala. Kata Imam Nawawi; Demikian juga hendaklah dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

-Bertaubat dan mengembalikan barang yang dizalimi serta kembali kepada Allah S.W.T

CONTOH CARA PEMAKAIAN TUDUNG




TERBAIK....Cheese Wafer Cookies


Bahan-bahan ( 50biji )

  • 150gm butter
  • 75gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 300gm tepung gandum, diayak bersama 1 sudu kecil baking powder
  • 200gm wafer sebarang perasa
  • 100gm Keju cheddar di parut
  • Telur kuning untuk sapuan

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan telur sampai kembang, masukan susu tepung gaul rata.
  2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak sedikit demi sedikit jadikan doh lembut.
  3. Canai setebal 3mm, potong ikut ukuran wafer kemudian digulung, potong 4 jika guna wafer panjang.
  4. Sapukan kuning telur diatasnya, dan taburkan keju.(Saya tak pakai pun)
  5. Bakar pada suhu 175c lebih kurang 18-20min.  

TERBAIK...RESEPI PANKEK STUDENT



Bahan-bahan ( 10 biji bole kot.. )

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara ++++

  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
  2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan..
  5. Selamat mencuba!!